Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]



Mail this Foto to a friend



Next >
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Tuesday, 17-Aug-2010 00:27
Nasi Tomato Kukus
Assalamualaikum.....

Selamat berpuasa kepada semua,juadah di bawah bukanla menu berbuka puasa kecuali satu (sotong 3 rasa) menu-menu semua sebelum Ramadan lagi,baru nak update.. ;-) Okla jom tengok apa yang ada... :-D



Buat nasi ni bila berkenan tengok nasi tomato kukus kak dayang,nasinya tak lembik dan sebiji macam kita masak berasmathi...Dulu masa belajar kat sana,kami memang makan berasmathi sebab murah dan bila masak nasi tak lembik.Bila balik sini tak pernah beli pun sebab mahal... :-D kami dok makan beras made in siam,bila balik kelantan mesti dok angkut beras bawak balik penang...Beras siam ni tak lembik lagipun dia tak dicampur dengan bahan-bahan yang boleh membuatkan beras tuh tahan lama...Sebab tuh beras siam nih dia cepat rosak dimakan bubuk...Issshh2,macam promote beras siam pulak :-D Mungkin sebab ma dan mak (mil) mariam makan beras yang sama,jadi anak-anak biasanya akan mengikut apa yang emak diaorang beli kan... :-D Ehhh,beras Malaysia pun bagus.... :->
(tiba-tiba pulak citer pasal beras,terpesong tajuk nih... ;-) )

Resepi Kak Dayang_Jack

-3 pot kecil beras biasa ( jika suka boleh juga direndam 3-4 jam) - DJ guna beras Cap Takraw (mariam guna beras made in siam je :-D )
-80 ml susu cair (mariam letak santan,sbb susu cair tak ada)
-3 cawan air (-/+)
-2 biji bawang merah (dihiris)
-2 ulas bawang putih (dicincang)
-2 helai daun pandan (dicarik dan disimpul)
-1/2 inci halia (dicincang)
-1 kuntum bunga lawang
-2 inci kulit kayu manis
-1 biji buah pelaga
-sedikit garam
-100 g puri tomato (mariam pakai sos tomato life je,tomato puri tak de ;-) )

Cara-cara :

-Beras dicuci bersih dan toskan. Kemudian kukuslah selama 15-20 minit. (Lapikkan loyang pengukus dgn daun pisang jika suka).
-Sementara itu, tumis bawang merah, halia, bawang putih dan rempah hingga wangi.
-Masukkan puri tomato dan tumis lagi. Masukkan susu cair dan garam. Kacau hingga mendidih.
-Tutupkan api dari pengukus tadi. Masukkan bahan2 tumis dan daun pandan ke dalam beras dan tuangkan air.
-Kacau perlahan-lahan dan biarkan ia serap selama 10-15 minit.
-Kemudian, kukuslah semula hinggga masak (air bergantung pada jenis beras).
-Cucuk2kan/lubang2kan di permukaan nasi dgn senduk kayu agar ia masak sekata.
-Setelah masak, hidangkan bersama lauk2 sampingan. Selamat mencuba!



Nasi tomato kukus dimakan dengan ayam madu,acar timun,papadom,dan sup kentang



Resepi (MyResepi)

-1/2 ekor ayam
-Garam
-Kunyit
-1 sudu rempah kari ayam
-3 ulas bawang putih
-1 inch halia
-1 bijiBawang besar
-Cili kering
-Madu
-Gula merah (mariam letak gula melaka)
-Sos/tomato puree
-Air (ikut kepekatan yg nak )

Cara-Cara

-Potong ayam mengikut keselesaan. Perapkan 1 jam bersama bawang putih dan halia yang sudah ditumbuk/ kisar, serta garam, kunyit dan rempah kari.
-Ketuk2 ayam untuk asing dari rempah perapan. Simpan bhn perapan untuk kuah. Goreng ayam hingga masak, ketepikan.
-Panaskan minyak, goreng bawang besar hingga layu. Masukkan lebihan rempah perapan tadi dan cili kering. Tumis hingga terbit minyak.
-Masukkan tomato puree, madu, gula melaka & air. Kacau.
-Jika hendak ayam lembut, masukkan semasa masih banyak kuah . Jika hendak garing, tunggu kuah pekat baru masukkan ayam.
-Siap untuk dihidang. Boleh taburkan bwg goreng atau daun sup.



Sotong nih buat untuk berbuka puasa :-D

RESEPI (MAJALAH SAJI SEPTEMBER 2008)

-500 gm sotong (digoreng) mariam tak goreng,masukkan lepas menumis
-1 biji bawang besar (tumbuk/cincang)
-3 ulas bawang putih (tumbuk/cincang)
-4 biji cili merah (tumbuk/cincang)
-15 biji cili padi (tumbuk/cincang)
-1 sudu makan cuka (mariam tak letak)
-3 sudu makan sos cili thai
-Garam dan gula secukup rasa
-Minyak untuk menumis.

Cara-cara:

1. Panaskan minyak, tumis bawang besar dan bawang putih hingga kekuningan,kemudian masukkan cili padi dan cili merah.
2.Masukkan sotong dan masukkan sos cili thai,cuka,garam dan gula.
3.Apabila sotong sudah masak,bolehla dihidangkan.



Kek nih resepi ambik dari rumah kak madihah,mariam suka sebab kek dia gebu dan tak mampat.Bawa balik ipoh untuk adik-adik dan untuk Irdina dan Insyirah masa ke KL.Kek dah sedap tapi silap beli coklat masakkan yang tak sedap...geram sungguh,time nak bawa balik nih la ada-ada je yang tak kena.. :-S

Bahan A
-20 gm coklat emulco
-50 gm serbuk koko
-200 ml air suam

Bahan B
-250 gm mentega
-300 gm gula kastor (MaDiHaA guna 280 gm saja)
-½ sudu teh garam

Bahan C
-240 gm telur (4 biji telur gred A)
-1 sudu teh esen vanila

Bahan D
-250 gm tepung paling halus (guna tepong gandum biasa aje)
-½ sudu teh serbuk soda bikarbonat
-1 sudu teh serbuk penaik

Ganache
-(MaDiHaA buat ½ resepi saja sebab tak potong pun kek takut hancusss.. kek lembut sangat)
-50 gm golden syrup
-500 gm krim segar susu
-500 gm coklat masakan
-50 gm mentega

Bahan2 hiasan ikut citarasa sendiri

Cara Membuatnya
1. Campurkan kesemua bahan A dan kacau hingga sebati. Ketepikan dulu.
2. Pukul bahan B sehingga kembang dan berbentuk krim lalu masukkan bahan C.
3. Masukkan bahan D dan A dan gaul hingga sekata.
4. Tuangkan campuran kek ke dalam acuan berukuran 9″ yang sudah digirs. Bakar dalam ketuhar yang sudah dipanaskan pada suhu 180 C selama 50-60 minit. Biarkan kek menyejuk setelah masak.
5. Coklat Ganache. Masukkan semua bahan dan masak secara double boil sehingga cair. Biarkan ia semalaman pada suhu bilik atau disejukkan di dalam peti sejuk untuk satu jam.
6. Potong kek coklat kepada 3 lapisan. Sapu coklat cair di antara lapisan kek dan susun dengan elok. Salutkan seluruh kek dengan coklat cair dan hias dengan kacang walnut (takde walnut.. hias dgn badam nib jer...
7. Sejukkan di dalam peti sejuk untuk beberapa jam sebelum dihidangkan.

http://mariamsayutiy.blogspot.com/

© Pidgin Technologies Ltd. 2016